Saturday, October 30, 2010

MARI MEMBACA : TERAPI MUZIK LAHIRKAN ANAK GENIUS


Intan Rohaizat Zakariya, Majalah Wanita 29 Oktober - 4 Novermber 2010


       Siapa sangka dengan bantuan muzik kanak-kanak seawal usia enam tahun Berjaya menyelesaikan soalan sukar matematik dalam masa yang singkat. Tanpa menggunakan kalkulator, kanak-kanak ini pantas member jawapan sehingga membuatkan ramai yang terkedu. Apa tidaknya tatkala orang dewasa masih gigih menekan kalkulator membuat kira-kira, kanak-kanak tersebut tersenyum lebar dengan jawapan yang tepat. Ternyata terapi muzik yang digunakan member impak luar biasa. Inilah scenario yang berlaku ketika berlansung sesi demonstrasi di majlis pelanacaran Konsep Kord Muzik Abakus CVT.

            Ibu bapa mana pun pasti mahukan zuriat mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Lantaran, tidak hairanlah ramai ibu bapa yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit menghantar anak menghadiri pelbagai kursus dan kelas dengan harapan zuriat yang disayangi dapat meningkatkan potensi diri dan menjadi manusia Berjaya yang dapat mengharumkan nama agama, keluarga dan bangsa.

Perkara ini diakui oleh Pengasas Perubatan Colour Vibration Therapy (CVT), Prof Emeritus Dr Norhisham Wahab. Menyedari kanak-kanak dan remaja kini yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dan sahsiah diri, Prof Emeritus Dr Norhisham membuat kajian terperinci dan akhirnya menemui konsep didik dan rawat kanak-kanak melalui pendekatan Kord Muzik Abakus CVT. Menurutnya, konsep ini pertama di dunia dan sudah terbukti mampu melahirkan kanak-kanak yang genius dengan kepintaran, kebijaksanaan dan kematangan yang terserlah. Konsep dan metodologi yang dicetus dibangunkan oleh penyelidik tempatan dengan idea dan modul bertaraf antarabangsa. 

“ Konsep Kord Muzik Abakus CVT adalah simbolik kepada fitrah dan tabi’e alam semulajadi, ia bukan sahaja menjadi kunci rahsia merawat fizikal, mental dan emosi malah hingga ke tahap spiritual. Anak-anak akan menjadi genius dengan kebolehan luar biasa menguasai kemahiran hidup berdikari. Kord muzik akan menggetarkan otak kanan yang dominan oleh anak-anak yang dianggap lemah, pemalu dan suka bersendirian. Namun sikap itulah sebenarnya yang paling luar biasa membentuk genius bakat terpendam melalui proses pembelajaran yang bersistematik ini. Sebenarnya anak-anak yang lemah sangat luar biasa pencapaiannya. Lantaran, saya nasihatkan ibu bapa jangan panic atau merasa terkilan jika anak-anak mereka dikategorikan sebegini dan keciciran dalam pelajaran di sekolah, jika kena caranya anak-anak ini akan menjadi manusia cemerlang yang tidak kira duga. Usah memandang rendah kepada mereka sebaliknya beri galakan dan peluang kepada mereka dengan menyediakan persekitaran yang sihat serta menghantar mereka menghadiri kelas yang kami perkenalkan. Anda akan terkejut melihat perubahan dalam diri anak anda. Bukan sahaja pencapaian cemerlang dalam akademik malah mereka menjadi insan yang berakhlak mulia dan berfikiran matang, ” ujarnya.

Bentuk sahsiah diri terpuji

Dalam pada itu, Dr. Norhisham mengatakan Konsep Kord Muzik Abakus CVT adalah satu konsep latihan mengira tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan abakus pada peringkat awal diikuti kaedah imaginasi pada peringkat berikutnya. Menerusi program ini, ia membina EQ serta merawat jiwa kanak-kanak secara menyeluruh. Ianya berkaitan perawatan otak dan hati serta seluruh pancaindera mereka. Program ini bermula dengan mengenalpasti personaliti kanak-kanak  menerusi diagnosis warna diri  dan nombor diri. Ia dilengkapkan dengan diagnosis kelemahan organ seseorang kanak-kanak.
            “ Melalui kaedah yang dihasilkan berdasarkan al-Quran ini, keajaiban bakal dilakukan kerana kita mampu melahirkan ribuan anak atau pelajar yang mempunyai kepintaran khususnya dalam subjek matematik seperti adik Adiputra. Kanak-kanak yang menyertainya akan dapat mengira dengan cepat, bersikap positif, matang dalam bertindak dan berfikir, lebih fokus dan Berjaya mengatasi sifat malas belajar. Saya berharap penemuan ini akan dijadikan sebagai satu platform untuk melahirkan generasi akan dating yang memiliki kepintaran, otak bersih terpuji dan terpelihara daripada anasir jahat mahupun budaya kuning,” ujar Dr.Norhisham yang mengatakan program ini mempunyai tujuh tahap.

Anak lebih fokus 

Pencapaian luar biasa kanak-kanak yang menjadi peserta program itu ternyata menarik minat ramai pihak termasuk Farah Suraya Rosman, 36. Ibu kepada Nalyssa Syazwani Nazley, 10 tahun ini begitu gembira melihat perubahan positif yang berlaku kepada anaknya. “ Sebelum mengikuti program ini, Nalyssa kurang fokus dalam pelajaran. Namun selepas itu, dia menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan dalam pelajaran dan saya begitu kagum dengan perubahan sikapnya. Anak saya kini lebih mendengar kata, matang dan mempunyai minat mendalam terhadap pelajaran walaupun subjek yang sukar. Dia cepat dipelajari dan peribadinya juga semakin positif. Sebagai ibu, saya berharap anak saya dapat mengikuti program ini sehingga ke  tahap ketujuh. Saya yakin, dia dapat meningkatkan potensi diri dan menjadi manusia yang cemerlang dunia serta akhirat,” katanya.

Kuasai matematik dengan mudah 

Sementara itu, Abu Bakar Yop, 40, ternyata begitu teruja anaknya Muhammad Nur Danial yang berusia enam tahun mampu menyelesaikan soalan sukar Matematik dalam masa yang singkat. “ Pada mulanya saya macam tak percaya program yang diperkenalkan CVT mampu melahirkan anak yang genius namun selepas melihat sendiri hasilnya kini saya yakin program tersebut sangat bagus dan mampu menjadi platform kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi insan cemerlang. Anak saya mengalami perubahan yang sangat ketara, dia begitu fokus dan cepat belajar perkara baru. Saya yang menggunakan kalkulator pun tidak dapat menyaingi kepantasan Danial menyelesaikan soalan Matematik,” ceritanya.

Konsep Unik
              
Keberkesanan program tersebut tidak dinafikan oleh Mohd Arif, 18 yang merupakan salah seorang peserta. Dia tertarik dengan konsep unik yang diperkenalkan oleh CVT. Muzik yang menjadi pengantara membuatkan Arif berasa tenang dan mudah fokus. “ Saya menghadapi masalah dalam pelajaran dan sering hilang fokus, selepas dua bulan menyertai program ini, saya lebih fokus dan mudah menguasai subjek sukar. Alhamdulillah, saya menjadi lebih yakin dan matang membuat keputusan. Saya juga teruja untuk mengcungkil potensi diri untuk mencuba perkara baru,” kata Arif.     




               
                         

No comments:

Post a Comment