Saturday, October 30, 2010

WOMEN IN ART

TUGASAN 2: INDUSTRI HIBURAN SEBAGAI MEKANISMA PEMUPUKAN JALINAN HUBUNGAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, anutan agama dan kepercayaan, bahasa pertuturan serta adat yang berbeza. Penduduk di Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan terdapat juga kaum-kaum lain yang tergolong dalam kumpulan etnik minoriti. Menurut J.S. Furnival (1939:2), masyarakat yang berbilang kaum atau majmuk adalah msyarakat yang setiap kaumnya berpegang teguh kepada kepercayaan, agama, bahasa, budaya dan amalan adat masing-masing. Sebagai kumpulan masyarakat, mereka hanya bertemu di kedai, semasa berjual beli tetapi apabila mereka pulang ke rumah, mereka akan mengamalkan adat masing-masing. Fenomena ini menunjukkan, rusuhan dan perteligkahan antara kaum boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja ekoran daripada perbezaan ini. Hal ini menunjukkan betapa ikatan serta persefahaman antara kaum di Malaysia terlalu rapuh dan begitu mudah sekali untuk bertelingkah.

 Dalam membincangkan mengenai industri hiburan sebagai mekanisma perpaduan di Malaysia, seharusnya bertunjangkan kepada struktur masyarakat Malaysia yang pelbagai ini. Hal ini kerana komposisi masyarakat Malaysia yang pebagai ini boleh menjadi kunci kepada kita dalam memahami dan mendapat gambaran yang lebih luas mengenai perkembangan industri hiburan seperti sejarah perlaksanaan sesuatu media massa dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dan lain-lain) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. Menurut Ahmad Fuad Afadhal (2003), industri hiburan merupakan industri yang sedang bergerak dalam media dan penyiaran kini dilihat semakin meluas. Perkembangan industri hiburan turut mempengaruhi pembangunan sesebuah negara. Pembangunan yang dimaksudkan ini ialah pembangunan yang tidak hanya dari aspek ekonomi, tetapi sosial dan politik negara. Industri hiburan atau dikenali sebagai dunia seni, meliputi pelbagai bidang iaitu bidang muzik, lakonan, nyayian, drama, teater, filem, media massa dan sebagainya merupakan elemen-elemen berunsur subjektif yang mampu dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat. 

 Dalam Ucapan Y.A.B Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman (Menteri Besar Johor) di Majlis Perasmian Kongres Kebangsaan Industri Hiburan dan Kesenian Malaysia di Persada Johor,   beliau menyatakan bahawa industri hiburan merupakan bidang yang menghimpunkan pelbagai cabang berkaitan, atas tujuan yang murni mengenai masa depan industri yang sama penting dalam pembangunan negara. Sejak berzaman lagi, industri ini sentiasa berusaha menyegarkan kegiatan seni dan budaya yang bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai identiti, jati diri dan warisan yang paling berharga.  Walaupun hiburan dalam pelbagai bentuk seperti filem, muzik, tarian dan teater sudah lama  bertapak dan berkembang mengikut peredaran masa, dan seringkali dibincangkan dalam seminar-seminar, tetapi belum ada suatu usaha sebelum ini untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai hal ini. Hiburan juga dikatakan satu unsur yang amat berpengaruh dalam mencorakkan persepsi, nilai atau pandangan seseorang. Di Amerika Syarikat misalnya, filem digunakan sebagai suatu alat propaganda yang amat berkesan. Melalui filem, Amerika Syarikat ditonjolkan sebagai negara yang sentiasa benar dalam apa jua tindak tanduknya berkaitan dasar luarnya, termasuklah perang atau campur tangan di sesebuah negara lain. Di Malaysia, filem-filem dan drama tempatan juga sedikit sebanyak turut memainkan peranan seperti itu. Antaranya ialah filem tempatan mengisahkan keperwiraan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menunjukkan suatu usaha yang baik dan wajar digalakkan. Walau bagaimanapun, dari segi jumlahnya adalah masih sedikit. Justeru itu, pengusaha filem tempatan yang mengadaptasikan cerita-cerita berunsurkan patriotisme atau menggalakkan perpaduan antara kaum. Hal ini demikian kerana industri hiburan dalam pelbagai bentuk adalah medium yang amat berpengaruh. Melalui karya seni, dapat diselitkan mesej, semangat atau citra bangsa untuk disampaikan kepada golongan sasaran. Cabaran penggiat industri hiburan adalah bagaimana mahu menerapkan mesej dalam bentu popular. Dalam erti kata lain, bagaimana penggiat hiburan mahu menghasilkan sesuatu karya yang di dalamnya ada mesej, misalnya menggalakkan perpaduan antara kaum, dalam bentuk yang menghiburkan.

Selain itu, menurut Y.A.B Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman kepentingan industri hiburan di negara ini bukan sahaja untuk industri itu sendiri, malah hubungannya dengan masyarakat dan negara. Dalam konteks pembinaan negara, hiburan tidak sewajarnya dilihat dari sudut hiburan semata-mata. Hal ini bermaksud, di samping unsur hiburan dalam karya seni seperti filem, muzik atau teater, perlu juga difikirkan mengenai peranan hiburan itu sendiri dalam pembinaan negara yang mencakupi aspek ekonomi, sosial, pendidikan, perpaduan, kebudayaan dan sebagainya. Industri hiburan juga disarankan agar bersifat membina dan bukan merosakkan. Penggunaan hiburan bagi apa jua tujuan positif hanya akan berkesan jika hiburan itu diterima oleh masyarakat. Oleh itu, bentuk hiburan perlulah sentiasa disesuaikan mengikut peredaran masa supaya industri hiburan dapat bertahan dan seterusnya bersaing dengan budaya  yang popular sifatnya.  Dalam hal ini, pengamal dan penggiat hiburan boleh memainkan peranan mereka.   Tidak dinafikan hiburan massa seperti nyanyian amat popular.   Setiap kali diadakan pesta iaitu artis-artis terkemuka mengadakan persembahan, sudah pasti ramai yang datang menyaksikannya. Dalam acara-acara seperti inilah, penganjur boleh membantu mempopularkan kesenian tempatan seperti zapin, ghazal, joget, menora atau rodat dengan menyelitkannya sebagai acara selingan. Dengan cara persembahan yang menarik, ia akan dapat menarik minat masyarakat, khususnya generasi muda, untuk mengenali, meminati dan selanjutnya mengembangkannya kepada generasi seterusnya.

Selain itu, dalam kertas kerja bertajuk Gendang Melayu Sarawak: Satu Unsur Pemersatu  Pelbagai Kaum yang dibentangkan dalam Festival Puisi Pelbagai Kaum pada 10 hingga 13 Jun 2005 di Hotel Dynasty, Miri Sarawak,  menyatakan bahawa Gendang Melayu Sarawak sebagai satu unsur budaya tempatan Sarawak yang berperanan sebagai salah satu unsur penyatuan yang berkesan pada satu peringkat dan ketika bagi kaum-kaum di Sarawak. Penduduk Sarawak seramai sekitar 2.2 juta dan terdiri daripada 27 kumpulan etnik bumiputera yang menjadikannya salah sebuah negeri yang paling banyak jumlah etniknya. Kumpulan-kumpulan etnik utama ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh dan orang Ulu yang pada asalnya tinggal secara amat segmental mengikut geografi. Walau bagaimanapun, mobiliti sosial dan penyerapan peranan ekonomi yang tidak mengikut batas kaum menjadikan pola sedemikian tidak lagi relevan. Dengan kepelbagaian penduduk yang bercakap dalam 45 bahasa dan dialek, pastinya terdapat pelbagai pula unsur budaya, amalan dan kepercayaan tradisi. Secara ringkasnya, orang Melayu beragama Islam, Melanau pula sebahagiannya beragama Islam dan sebahagian lagi beragama Kristian, Liko dan Dayak kebanyakannya Kristian, dan masih ramai ayng berpegang kepada kepercayaan animisme. Hal ini jelas menggambarkan terasingnya sistem sosial dan amal budaya ketika itu di Sarawak. Walau bagaimanapun, pendidikan dan mobiliti sosial yang wujud selepas kemerdekaan menjadikan perpaduan wujud bukan sahaja di antara bahagian-bahagian yang berlainan bahkan di antara pelbagai kaumnya. Penubuhan Malaysia yang merangkumi Sarawak di dalammya, menuntutkan rakyat Sarawak bersatu padu demi survival dan kelangsungan dalam arus pembangunan politik dan ekonomi yang tiba-tiba lebih pesat dan lebih terarah. Mulai ketika ini, gendang dilihat berperanan di Sarawak sebagai salah satu alat penyatupaduan pelbagai kaum. 

Istilah gendang merujuk kepada beberapa alat muzik membrano yangh pelbagai bentuk tetapi kesemuanya melahirkan bunyi atau muzik apabila dipukul sama ada dengan tangan ataupun dengan dengan kayu pemukul atau lidi. Di antaranya ialah gendang kecil, gendang pertengahan, gendang besar, tabuh, tar dan kompang. Walau bagaimanapun dalam kertas kerja ini, yang dirujuk ialah rebana yang diameter permukaannya sekitar setengah meter dan bentuk kayu badannya mengincup ke belakang dengan diameter lubang di belakangnya sekitar suku meter. Gendang sebagai alat muzik wujud dalam semua budaya di Sarawak, dengan peranan hampir sama dalam semua kaum, tapi berbeza rentak pukulan. Dalam sejarahnva gendang atau rebana menjadi alat muzik upacara menurun atau perubatan tradisional untuk kesemua kaum bumiputera. Selain itu,  gendang juga menjadi salah sebuah alat muzik di dalam pukulan muzik bagi acara pertahanan diri seperti pencak dan shat dalam masyarakat Melayu dan Melanau, atau ajat perang dalam kaum Iban. Gendang dalam Masyarakat Melayu Sarawak Dalam kertas kerha ini juga, tumpuan adalah kepada rebana atau gendang, dalam acara hiburan, terutama di dalam masyarakat Melayu. Apabila bercakap tentang gendang dalam acara hiburan gendang dan santai yang kita maksudkan ialah permainan gendang atau majlis bergendang untuk berhibur dan memeriahkan suasana kerana ada kunjungan pembesar, bersuka ria selepas menuai, memeriahkan sesuatu perayaan atau majlis perkahwinan, upacara rasmi dihadiri oleh pembesar, atau kerana sesuatu kejayaan dan kemenangan. Dalam masyarakat Melayu permainan gendang sebagai cara berhibur telah melalui evolusi dan perubahan mengikut zaman dan keadaan dan diberi pelbagai nama daripada Gendang Melayu Lama atau Gendang Air sehinggalah Majlis Tandak, Bermukun, Nopeng atau Gendang Melayu Baru. Amalan hiburan melalui gendang ini dilihat mampu mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di Sarawak. Melalui kertas kerja ini, telah membuktikan bahawa industri hiburan bukan sekadar berfungi sebagai alat untuk keseronokan malah mempunyai mesejnya yang tersendiri. Kertas kerja ini telah meyakini pengkaji akan hiburan yang mempunyai pelbagai fungsi lain selain untuk keseronokan. Kehidupan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk hanya dengan permainan gendang. Beginilah gambaran betapa terdapatnya mesej perpaduan melalui hiburan sama ada mesej ini adalah secara tidak lansung mahupun secara lansung. Melalui kertas kerja ini juga, pengkaji melihat bahawa kepelbagaian etnik Sarawak yang menjangkau sehingga 27 kumpulan etnik boleh disatukan dengan permainan muzik sedemikian, jadi adalah tidak mustahil untuk menjadikan industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia yang kebanyakannya adalah dari kaum Melayu, Cina dan India. 

Jenis-jenis industri hiburan yang boleh dijadikan sebagai mekanisme pemupukan    jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya.

Terdapat pelbagai jenis hiburan yang boleh dijadikan sebagai mekanisme dalam pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya. Antaranya termasuklah bidang perfileman. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem merupakan medium hiburan yang memuatkan elemen pemikiran, spiritual dan kemasyarakatan nyata boleh dimanfaatkan untuk menjadi wadah kepada pembentukan kesedaran perpaduan, keharmonian sosial dan citra bangsa.(http://kebudayaan.kpkk.gov.my/main/paper/1336/). Filem Negara boleh memainkan peranan besar dalam menyebarkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan nasional. Terdapat pelbagai filem di negara ini yang jelas menunjukkan adanya mesej perpaduan. Sebagai contohnya ialah filem hasil karya Allhayarham Yasmin Hamid seperti Talentime. Tatkala negara dilanda krisis hubungan kaum, Allahyarham Yasmin Hamid telah menjadikan Talentime sebagai penghubung antara kaum menerusi karyanya itu. Filem ini juga berjaya mengetengahkan elemen perpaduan melalui hubungan persahabatan dan perintaan remaja tanpa mengira kaum. Atas unsur-unsur inilah, filem ini dipilih sebagai pemenang ketika kerajaan memperkenalkan gagasan I Malaysia bagi menyatupadukan kaum. Filem-filem lain yang dilihat mempunyai mesej perpaduan sama ada secara lansung atau tidak lansung ialah lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ranle iaitu dalam filem Gerimis yang mengisahkan seorang lelaki Melayu berkahwin dengan wanita berketurunan India, manakala dalam filem Sesudah Suboh pula mengisahkan kisah cinta antara pemuda Melayu dengan gadis Cina. 

Selain bidang perfileman, dunia seni yang lain seperti bidang muzik dan nyanyian juga merupakan elemen-elemen berunsur subjektif yang mampu dihayati oleh sesiapa juga tanpa mengira usia dan warna kulit. Bidang-bidang ini dilihat sebagai jambatan yang mudah untuk menghubungkan sesiapa juga di dunia ini mengikut daya penghayatan masing-masing  (file:///E:/Part%205/KAEDAH%20PENYELIDIKAN/cth%20kjan%20ind/wujudkan-perpaduan  kaum-melalui-bidang.html). Salah seorang responden menyatakan contoh dalam bidang nyanyian iaitu penyanyi lagenda dari Jamaica, Bob Marley misalnya berjaya mempopularkan muzik regree yang diadun daripada intipati muzik ska di negaranya pada tahun 1970-an. Begitu juga dengan Malaysia, ramai penyanyi bukan Melayu seperti kumpulan Alleycats yang terkenal kerana menyanyikan lagu-lagu Melayu  dan diterima oleh kaum Melayu dan bukan Melayu. Malah, terdapat banyak lagi kumpulan muzik ataupun penyanyi yang dianggotai oleh pelbagai bangsa seperti kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Pop Shuvit, Jaclyn Victor, Estranged dan sebagainya yang turut menggunakan formula ini.
            
          Seni muzik pula bera berasal dari perkataan Latin ‘musica’ bermaksud jenis sastera berlagu dan berirama. Muzik terbahagi kepada dua jenis iaitu muzik tradisional dan muzik moden. Peranan muzik pula antaranya ialah sebagai alat hiburan. Gabungan pelbagai muzik seperti jazz, rock dan tradisi dan sebagainya menghilangkan kebosanan dan menenangkan fikiran manusia merentas peringkat umur. Semakin banyak jenis muzik, moden dan lama dalam bentuk piring hitam, kaset, cakerapadat dan seumpamanya berfungsi sebagai alat hiburan. Muzik juga membantu menaikkan semangat patriotisme dan cinta terhadap negara di kalangan Masyarakat. Semangat nasionalisme dan cinta terhadap negara dapat dibina menerusi  Semangat lagu patriotic seperti “Setia”, “Negaraku” dan sebagainya  patriotisme yang terbina seterusnya membawa kesejahteraan hidup dalam masyarakat. Selain itu, muzik mengandungi unsur pengajaran dan nasihat untuk membina akhlak mulia dan moral dalam kalangan muda mudi. Lagu dondang sayang didapati berselang-selikan pantun-pantun bercorak nasihat. Lagu yang didendangkan oleh kumpulan muzik rock mengingatkan pendengar dengan peminat muzik tentang bahayanya najis dadah dan pentingnya perpaduan rakyat berbilang. Muzik sememangnya berpengaruh besar dalam kehidupan. Kehebatan muzik menerusi iramanya yang mesra dan syahdu, dapat menerobos sempadan bangsa, budaya dan bahasa. Malah tidak salah untuk dikatakan muzik sudah lama menjadi medium atau perantara berkesan menyatupadukan masyarakat di seluruh dunia. Memahami muzik berupaya membentuk sahsiah dan membina personaliti, Muzium Negara menganjurkan Pameran Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia untuk dihayati pelbagai lapisan masyarakat khususnya pencinta muzik. Menerusi pameran sembilan hari berakhir baru-baru ini, evolusi alat muzik di negara ini dipersembahkan kepada umum bagi menghayati asal-usul penciptaan alat muzik, matlamat, pengaruh serta kepada latar adat dan budaya masyarakat berbilang kaum.

Secara keseruhunannya, dapat disimpulkan bahawa industri hiburan merupakan salah satu mekanisma dalam pemupukan masyarakat pelbagai budaya di negara ini. Terdapat pelbagai bentuk hiburan yang dilihat mampu mewujudkan hubungan antara kaum. Antaranya ialah bidang perfileman yang sejak dahulu hingga kini mempunyai mesej perpaduan. Sebagai contohnya filem Talentime jelas menonjolkan unsur-unsur perpaduan di dalamnya. Melalui file mini, para penonton dapat menilai unsur atau mesej yang ingin disampaikan. Selain bidang perfileman, terdapat lagi bidang-bidang lain yang dilihat mampu mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai budaya termasuklah program-program hiburan, bidang muzik dan nyanyian, permainan alat muzik dan sebagainya. Usaha dalam menjadikan hiburan sebagai wadah pertemuan masyarakat pelbagai kaum adalah suatu yang harus dipuji. Namun, pencapaian hasrat ini hakikatnya terletak pada masyarakat itu sendiri. Sekiranya masih wujud perasaan etnosentrisme dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, hal ini menganggu gugat tersapainya hasrat murni ini. Justeru itu, semua pihak seharusnya menyedari akan pentingnya pemupukan jalinan masyarakat yang pelbagai budaya di negara ini. Keberkesanan industri hiburan sebagai wadah perpaduan akan terlaksana sekiranya ada kesedaran dalam semua pihak. Perpaduan antara kaum bukan sahaja penting dalam mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan negara, bahkan merupakan benteng ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri.

Furnivall (1939). Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.
Md. Salleh Hj. Hassan, Dr, Ezhar Tamam .(2009). Keberkesanana Media Massa dalam
        Kajian Memupuk dan Memperkukuhkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Jornal 
        Perpaduan. Jilid 1
____ _. Diproleh pada 20 Februari  dari World Wide Web:
_____. Diperoleh pada 25 Februari dari World Wide Web:
_____. Diproleh pada 3 Mac  dari World Wide Web: http://kebudayaan.kpkk.gov.my/main/paper/1336

MARI MEMBACA : TERAPI MUZIK LAHIRKAN ANAK GENIUS


Intan Rohaizat Zakariya, Majalah Wanita 29 Oktober - 4 Novermber 2010


       Siapa sangka dengan bantuan muzik kanak-kanak seawal usia enam tahun Berjaya menyelesaikan soalan sukar matematik dalam masa yang singkat. Tanpa menggunakan kalkulator, kanak-kanak ini pantas member jawapan sehingga membuatkan ramai yang terkedu. Apa tidaknya tatkala orang dewasa masih gigih menekan kalkulator membuat kira-kira, kanak-kanak tersebut tersenyum lebar dengan jawapan yang tepat. Ternyata terapi muzik yang digunakan member impak luar biasa. Inilah scenario yang berlaku ketika berlansung sesi demonstrasi di majlis pelanacaran Konsep Kord Muzik Abakus CVT.

            Ibu bapa mana pun pasti mahukan zuriat mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Lantaran, tidak hairanlah ramai ibu bapa yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit menghantar anak menghadiri pelbagai kursus dan kelas dengan harapan zuriat yang disayangi dapat meningkatkan potensi diri dan menjadi manusia Berjaya yang dapat mengharumkan nama agama, keluarga dan bangsa.

Perkara ini diakui oleh Pengasas Perubatan Colour Vibration Therapy (CVT), Prof Emeritus Dr Norhisham Wahab. Menyedari kanak-kanak dan remaja kini yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dan sahsiah diri, Prof Emeritus Dr Norhisham membuat kajian terperinci dan akhirnya menemui konsep didik dan rawat kanak-kanak melalui pendekatan Kord Muzik Abakus CVT. Menurutnya, konsep ini pertama di dunia dan sudah terbukti mampu melahirkan kanak-kanak yang genius dengan kepintaran, kebijaksanaan dan kematangan yang terserlah. Konsep dan metodologi yang dicetus dibangunkan oleh penyelidik tempatan dengan idea dan modul bertaraf antarabangsa. 

“ Konsep Kord Muzik Abakus CVT adalah simbolik kepada fitrah dan tabi’e alam semulajadi, ia bukan sahaja menjadi kunci rahsia merawat fizikal, mental dan emosi malah hingga ke tahap spiritual. Anak-anak akan menjadi genius dengan kebolehan luar biasa menguasai kemahiran hidup berdikari. Kord muzik akan menggetarkan otak kanan yang dominan oleh anak-anak yang dianggap lemah, pemalu dan suka bersendirian. Namun sikap itulah sebenarnya yang paling luar biasa membentuk genius bakat terpendam melalui proses pembelajaran yang bersistematik ini. Sebenarnya anak-anak yang lemah sangat luar biasa pencapaiannya. Lantaran, saya nasihatkan ibu bapa jangan panic atau merasa terkilan jika anak-anak mereka dikategorikan sebegini dan keciciran dalam pelajaran di sekolah, jika kena caranya anak-anak ini akan menjadi manusia cemerlang yang tidak kira duga. Usah memandang rendah kepada mereka sebaliknya beri galakan dan peluang kepada mereka dengan menyediakan persekitaran yang sihat serta menghantar mereka menghadiri kelas yang kami perkenalkan. Anda akan terkejut melihat perubahan dalam diri anak anda. Bukan sahaja pencapaian cemerlang dalam akademik malah mereka menjadi insan yang berakhlak mulia dan berfikiran matang, ” ujarnya.

Bentuk sahsiah diri terpuji

Dalam pada itu, Dr. Norhisham mengatakan Konsep Kord Muzik Abakus CVT adalah satu konsep latihan mengira tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan abakus pada peringkat awal diikuti kaedah imaginasi pada peringkat berikutnya. Menerusi program ini, ia membina EQ serta merawat jiwa kanak-kanak secara menyeluruh. Ianya berkaitan perawatan otak dan hati serta seluruh pancaindera mereka. Program ini bermula dengan mengenalpasti personaliti kanak-kanak  menerusi diagnosis warna diri  dan nombor diri. Ia dilengkapkan dengan diagnosis kelemahan organ seseorang kanak-kanak.
            “ Melalui kaedah yang dihasilkan berdasarkan al-Quran ini, keajaiban bakal dilakukan kerana kita mampu melahirkan ribuan anak atau pelajar yang mempunyai kepintaran khususnya dalam subjek matematik seperti adik Adiputra. Kanak-kanak yang menyertainya akan dapat mengira dengan cepat, bersikap positif, matang dalam bertindak dan berfikir, lebih fokus dan Berjaya mengatasi sifat malas belajar. Saya berharap penemuan ini akan dijadikan sebagai satu platform untuk melahirkan generasi akan dating yang memiliki kepintaran, otak bersih terpuji dan terpelihara daripada anasir jahat mahupun budaya kuning,” ujar Dr.Norhisham yang mengatakan program ini mempunyai tujuh tahap.

Anak lebih fokus 

Pencapaian luar biasa kanak-kanak yang menjadi peserta program itu ternyata menarik minat ramai pihak termasuk Farah Suraya Rosman, 36. Ibu kepada Nalyssa Syazwani Nazley, 10 tahun ini begitu gembira melihat perubahan positif yang berlaku kepada anaknya. “ Sebelum mengikuti program ini, Nalyssa kurang fokus dalam pelajaran. Namun selepas itu, dia menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan dalam pelajaran dan saya begitu kagum dengan perubahan sikapnya. Anak saya kini lebih mendengar kata, matang dan mempunyai minat mendalam terhadap pelajaran walaupun subjek yang sukar. Dia cepat dipelajari dan peribadinya juga semakin positif. Sebagai ibu, saya berharap anak saya dapat mengikuti program ini sehingga ke  tahap ketujuh. Saya yakin, dia dapat meningkatkan potensi diri dan menjadi manusia yang cemerlang dunia serta akhirat,” katanya.

Kuasai matematik dengan mudah 

Sementara itu, Abu Bakar Yop, 40, ternyata begitu teruja anaknya Muhammad Nur Danial yang berusia enam tahun mampu menyelesaikan soalan sukar Matematik dalam masa yang singkat. “ Pada mulanya saya macam tak percaya program yang diperkenalkan CVT mampu melahirkan anak yang genius namun selepas melihat sendiri hasilnya kini saya yakin program tersebut sangat bagus dan mampu menjadi platform kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi insan cemerlang. Anak saya mengalami perubahan yang sangat ketara, dia begitu fokus dan cepat belajar perkara baru. Saya yang menggunakan kalkulator pun tidak dapat menyaingi kepantasan Danial menyelesaikan soalan Matematik,” ceritanya.

Konsep Unik
              
Keberkesanan program tersebut tidak dinafikan oleh Mohd Arif, 18 yang merupakan salah seorang peserta. Dia tertarik dengan konsep unik yang diperkenalkan oleh CVT. Muzik yang menjadi pengantara membuatkan Arif berasa tenang dan mudah fokus. “ Saya menghadapi masalah dalam pelajaran dan sering hilang fokus, selepas dua bulan menyertai program ini, saya lebih fokus dan mudah menguasai subjek sukar. Alhamdulillah, saya menjadi lebih yakin dan matang membuat keputusan. Saya juga teruja untuk mengcungkil potensi diri untuk mencuba perkara baru,” kata Arif.     




               
                         

Monday, September 27, 2010

TUGASAN 1 : PENDEKATAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS

            Terdapat pelbagai kaedah atau pendekatan pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru, dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan secara berkesan. Antaranya ialah:-

1)    Pendekatan Dengan Penemuan ( Discovery Learning)

Kaedah Pembelajaran Dengan Penemuan (PDP) merupakan suatu proses pembelajaran dengan mengenalpasti dan mendapat tahu sesuatu prinsip, fenomena atau ciri-ciri tertentu yang sedia ada tetapi belum dipastikan lagi. Sewaktu menjalankan aktiviti pembelajaran menggunakan teknik penemuan ini pelajar akan memerhati, mengkaji, megumpul data, menganalisis, mentafsir, merumus dan mengenalpasti ciri-ciri tertentu sebelum mengetahui dengan pasti sesuatu perkara. PDP juga dapat dilakukan dengan melibatkan pembelajaran dalam proses kegiatan belajar yang menggunakan proses mental melalui tukar pendapat atau diskusi, seminar dan sebagainya.

Menurut Jerome Bruner, terdapat beberapa kelebihan pengajajaran berdasarkan pendekatan dengan penentuan. Antaranya ialah:-
a)         Pembelajar akan memahami konsep-konsep dasar dan idea-idea lebih banyak dan lebih    baik.
b)         Membantu pembelaj.ar menggunakan ingatan dan transfer pada situasi proses belajar   yang baru.  
c)         Mendorong pembelajar berpikir dan bekerja atas inisiatifnya sendiri.
d)        Mendorong(memotivasi) pembelajar berpikir dan merumuskan hipotesis serta 
            membuktikannya melalui proses belajar.
e)         Memberi kepuasan yang bersifat instrinsik.
f)         Situasi proses belajar menjadi lebih merangsang.
g)         Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh bersifat merangsang keghairahan belajar.

Pendekatan dengan penemuan ini secara kesimpulannya ialah kegiatan belajar mengajar yang mengutamakan kegiatan pembelajaran dengan menggunakan proses mental. Selain itu, pendekatan ini akan menemukan konsep dan prinsip. Konsep dan prinsip itu ditentukan sebagai hasil atau akibat adanya pengalaman belajar yang telah diatur secara sakksama oleh pengajar.

2)    Pendekatan Konstruktivisme (Constructivism Approach)

Konstruktivisme merujuk kepada suatu proses murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi yang baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh “pembinaan mental” iaitu dengan kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada (Ng Kim Choy, 1999). Nik Azis (1999) pula menyatakan konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Hal ini bermaksud sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya yang terpilih (Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad, 2007).

a)    Model Pemprosesan Lima Fasa Needham

Menurut Baharuddin Aris,Rio Sumarni Shaffudin & Manimegalai Subramaniam (2004), Needham telah mengenalpasti lima fasa dalam proses pembelajaran berasaskan konstruktivisme. Lima fasa ini adalah orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Lima fasa pengajaran dan pembelajaran adalah seperti dalam jadual berikut:

Fasa
Tujuan
Contoh
I.   Orientasi
Menarik perhatian dan minat murid; memotivasikan murid
Tunjukkan peristiwa yang berselisih idea; kemukakan masalah untuk difikirkan
II.  Pencetusan  
     idea
Mengenalpasti idea murid yang terdahulu
Pemetaan konsep; soal jawab yang mendorong pemikiran
III.  Menstruktur semula idea
Mengembangkan lagi atau mengubahsuai idea terdahulu melalui perbandingan dengan idea saintifik; menyiasat dengan menggunakan kemahiran saintifik.
Aktiviti hand-on dan minds-on; aktiviti yang menggunakan kemahiran proses sains; berkomunikasi dalam kumpulan.
IV. Aplikasi idea
Aplikasi idea dalam situasi yang baru
Penyelesaian masalah baru; reka cipta; projek.
V.  Refleksi
Menyedari sejauhmana idea terdahulu berubah
Penyoalan refleksi; membantu pelajar menilai kendiri tentang perubahan idea dan kemahiran proses tercapai

b)    Contoh Aktiviti Pembelajaran Kontruktivisme

            Semasa berada dalam kelas, pelajar akan belajar dan menjalankan aktivitivi dalam kumpulan dengan menggunakan pengetahuan yang interaktif dan dinamik. Hal ini member tumpuan dan penekanan terhadap kemahiran social dan komunikasi, pertukaran idea dan kerjasama antara ahli kumpulan. Fenomena ini berbeza jika dibandingkan pembelajaran melalui tradisional yang belajar dengan cara tersendiri dan pembelajaran diperoleh melalui pengulangan, dan mematuhi disiplin subjek serta berdasarkan buku pelajaran semata-mata.  Antara aktiviti kelas konstruktivisme ialah:-

a)        Percubaan: seseorang pelajar melakukan percubaan dan kemudiannya bekerjasama sebagai sebuah kelas untu membincangkan hasil.
b)        Penyelidikan projek: pelajar diberi suatu topik kajian dan dapat menngemukan penemuan mereka di hadapan kelas.
c)        Lawatan lapangan: hal ini membolehkan pelajar untuk menetapkan konsep dan idea yang dibincangkan di kelas dalam konteks dunia yang nyata. Lawatan ini seiring dengan perbincangan di dalam kelas.
d)        Lain-lain: hal ini termasuklah dalam konteks visual dan,  dengan demikian membawa pengertian lain dalam pengalaman belajar
e)         Perbincangan kelas: teknik ini digunakan dalam semua kaedah yang dijelaskan di atas. Ini adalah salah satu perbezaan yang paling penting  menunjukkan kaedah pengajaran konstruktivisme.

Selain itu, pendekatan ini juga boleh digunakan dalam pembelajaran secara online. Sebagai contohnya, alat-alat forum diskusi, wiki dan blog dapat membolehkan pelajar dididik untuk secara aktif membangunkan tahap pengetahuan mereka. Disebabkan oleh pengetahuan sedia ada adalah jelas sebagai titik permulaaan untuk proses belajar yang baru, maka pendekatan konstruktivisme cenderung untuk mengesahkan perbezaan individu dan budaya serta kepelbagaian.

3)    Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning)
          
         Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan kaedah pembelajaran yang mendidik pelajar untuk berhadapan dengan masalah, diikuti dengan proses,  dan penyelidikan sistematik yang berpusat pada murid. Walaupun tujuan menggunakan masalah dalam PBL adalah untuk merangsang maklumat dan konsep belajar yang dibawa oleh masalah-masalah (bukan 'menyelesaikan' masalah), namun PBL juga mengajarkan kedua-dua kaedah pendekatan dan sikap terhadap penyelesaian masalah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, PBL didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Biasanya dalam PBL, pelajar bekerja dalam kumpulan kecil dengan seorang ketua yang bertindak sebagai fasilitator diskusi dan belajar bukan sebagai sumber maklumat langsung. Selama pelajar bekerja atau belajar dengan masalah, pelajar:

1.         Pertamanya, pelajar akan menghadapi masalah 'dingin', tanpa melakukan kajian persiapan terhadap suatu masalah
2.         Berinteraksi antara satu sama lain untuk menjelajah pengetahuan yang ada mereka yang berkaitan dengan masalah
3.         Borang dan uji hipotesis tentang mekanisme yang mendasari yang mungkin menjelaskan masalah (sampai ke tahap pengetahuan mereka saat ini)
4.         Mengenalpasti keperluan belajar lebih banyak untuk membuat kemajuan dengan masalah
5.         Melakukan belajar-sendiri antara pertemuan kelompok untuk memenuhi keperluan belajar dikenalpasti
6.        Kembali ke kumpulan untuk mengintegrasikan pengetahuan yang baru diperolehi dan menerapkannya pada masalah
7.        Ulangi langkah 3 hingga 6 yang diperlukan dan
8.        Refleksikan proses dan pada kandungan yang telah dipelajari

Menurut Schmidt (1993), pengambilalihan dan penyusunan pengetahuan dalam PBM adalah pemikiran untuk bekerja melalui kesan kognitif seperti berikut:

  1. Awal analisis masalah dan pengaktifan ilmu pengetahuan sebelum melalui perbincangan kumpulan kecil
  2. Elaborasi pada pengetahuan sebelumnya dan pemprosesan aktif maklumat baru
  3. Penstrukturan pengetahuan, pembangunan rangkaian semantik
  4. Pembinaan sosial pengetahuan
  5. Belajar dalam konteks
  6. Ransangan rasa ingin tahu yang berkaitan dengan masalah yang relevan
PBM ini hakikatnya merupakan satu falsafah, kurikulum atau pendekatan yang dapat memperbaiki amalan guru dan pelajar apabila melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam konsep PBM, para pelajar secara tidak lansung terdorong untuk mencari maklumat yang relevan dengan permasalah tersebut dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut dengan pelbagai alternatif jawapan.

4)    Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)
           
          Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan murid iaitu guru akan memberikan satu tajuk/ masalah untuk dibincangkan oleh murid. PBP juga merupkan suatu strategi pengajaran berasaskan tugasan merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merill. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Terdapat lima komponen prinsisp pengajaran yang dinyatakan oleh Merill iaitu demontrasi, aplikasi, pengaktifan, integrasi dan pemusatan tugasan. Antara kelebihan PBP ini ialah mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea mengenai sesuatu topik yang diberikan oleh guru, dan mengajar pelajar untuk menerima dan menghormati perbezaan antara individu. Selain PBP juga dapat menggalakan pelajar untuk sedia menanggung risiko  dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing. PBP seterusnya berupaya menunjukkan bahawa sumbangan idea para pelajar akan dihargai. Antara ciri pembelajaran jenis ini ialah:-
a)         Pelajar membuat keputusan dalam kerangka kerja yang telah ditetapkan.
b)         Ada masalah atau cabaran tanpa penyelesaian yang telah ditetapkan.
c)         Pelajar merancang proses untuk mencapai penyelesaian.
d)      Pelajar bertanggung jawab untuk mengakses dan menguruskan maklumat yang mereka  kumpulkan.
e)         Penilaian berlangsung terus menerus.
                  f)          Pelajar secara teratur merefleksikan apa yang mereka lakukan.
g)        Sebuah produk akhir (tidak harus bahan) yang dihasilkan dan dinilai untuk tahap yang lebih tinggi.
h)         Kelas ini mempunyai suasana yang membiarkan kesalahan dan perubahan.

           Pelajar yang terlibat dalam sesuatu projek ini hakikatnya memiliki beberapa pilihan dalam memutuskan apa yang mereka akan bekerja dan rencana projek mereka sendiri. Selain itu, pelajar boleh mendefinisikan kriteria dan rubrik tentang projek mereka selain boleh mengemukakan masalah yang dihadapi oleh mereka ketika menyiapkan projek berkenaan. Pelajar juga boleh mempersembahkan projek yang telah dibuat oleh mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini mencipta "konstruktivis" persekitaran belajar iaitu pelajar membina pengetahuan mereka sendiri. Sedangkan dalam model "sekolah lama" guru adalah tugas master, dan dalam model "sekolah baru" guru menjadi fasilitator.

Ulasan: Pendekatan Pembelajaran bagi Mata Pelajaran Pengajian Am
            
           Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kini dapat dilaksanakan secara berkesan, pendekatan-pendekatan pembelajaran ini tidak dinafikan penting dan perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Hal ini kerana, teknik atau kaedah pembelajaran moden ini bukan sahaja membolehkan pelajar belajar melalui pelbagai cara bahkan mampu mengemblingkan pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan pelajar. Bagi mata pelajaran Pengajian Am, kesemua pendekatan ini sebenarnya sesuai dan boleh diaplikasikan oleh guru yang bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas. Hal ini demikian memandangkan kandungan pelajaran dalam mata pelajaran Pengajian Am adalah menyentuh pelbagai aspek atau bidang misalnya, sosial, politik, isu-isu semasa, penyelesaian masalah dan sebagainya. Terdapatnya dua bentuk kertas ujian  dalam Pengajian Am iaitu kertas satu yang merangkumi objektif dan kertas dua yang meliputi soalan struktur dan esei juga membolehkan kesemua pendekatan ini diadaptasikan dalam proses pengajaran Pengajian Am.
            
           Sebagai contohnya, dalam pembelajaran melalui pendekatan dengan penemuan yang melibatkan proses penggunaan mental, pendekatan ini dapat diaplikasikan di dalam kelas apabila membincangkan tentang sesuatu isu-isu sosial, politik mahupun ekonomi. Hal ini amat bersesuaian memandangkan pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Am ini merupakan pelajar tingkatan enam atau pra-universiti. Dalam erti kata lain, pelajar-pelajar ini sebelah kakinya telah melangkah ke IPTA atau IPTS dan memerlukan kepada persediaan mental yang sewajarnya sebelum memasuki IPTA atau IPTS. Bagi pembelajaran berasaskan masalah (PBM) pula, pendekatan ini dapat diaplikasikan bagi menyokong pelajar untuk bersedian menjawab kertas dua bahagian D dan E iaitu melibatkan soalan penyelesaian kualitatif dan kuantitatif. 

            Kebolehan pelajar mendedahkan pengetahuan sedia ada sebagaimana dalam pendekatan konstruktivisme juga sangat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat digalakkan dalam memastikan tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar dapat diadaptasikan seterusnya diketengahkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keupayaan pelajar mendedahkan sesuatu tugasan atau projek melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek juga wajar dilaksanakan dalam mata pelajaran pengajian am. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti dalam konstruktivisme mahupun pembelajaran berasaskan projek member peluang kepada pelajar menonjolkkan kebolehan selain dapat meningkatkan motivasi para pelajar untuk belajar secara berkesan.
           
            Kesemua pendekatan ini hakikatnya boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran Pengajian Am kerana kelebihan-kelebihannya seperti bekerja secara berpasukan, keterbukaan idea dan peluang mampu meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Walau bagaimanapun, dalam konteks keseluruhan kandungan pelajaran Pengajian Am yang merangkumi isu-isu semasa dan  pentadbiran negara, kontrsuktivisme adalah pendekatan yang sangat dominan untuk diaplikasikan sebaliknya pembelajaran berasaskan projek paling kurang dominan memandangkan pembelajaran subjek ini lebih berfokuskan perbincangan tentang sesuatu fakta dan keadaaanya yang berlaku pada masa kini. Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Pengajian Am ini berjalan dengan baik, peranan guru sebagai fasilitator ini penting agar pendekatan pembelajaran ini dapat dilaksanakan secara berkesan seterusnya membantu pelajar meningkatkan motivasi dalam pembelajaran mereka.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shaffudin, Manimagalai Subramaniam. (2004). Rekabentuk     
         Perisian Multimedia. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sobri Ahmad.(2007). Trend Pengajaran dan  
        Pembelajaran Matematik. Selangor: Publications dan Distributions Sdn Bhd.
Schwartz, P., Mennin, S & Webb, G. (2001). Problem-based Learning: Case Stories, 
        Experience and Practise. British Library Catalog in Publication Data.
______.Constructivist teaching methods. Diperoleh pada 10 oktober 2010 dari World Wide Web: http://en.wikipedia.org/wiki/Constructivist_teaching_methods