Monday, September 27, 2010

TUGASAN 1 : PENDEKATAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS

            Terdapat pelbagai kaedah atau pendekatan pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru, dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan secara berkesan. Antaranya ialah:-

1)    Pendekatan Dengan Penemuan ( Discovery Learning)

Kaedah Pembelajaran Dengan Penemuan (PDP) merupakan suatu proses pembelajaran dengan mengenalpasti dan mendapat tahu sesuatu prinsip, fenomena atau ciri-ciri tertentu yang sedia ada tetapi belum dipastikan lagi. Sewaktu menjalankan aktiviti pembelajaran menggunakan teknik penemuan ini pelajar akan memerhati, mengkaji, megumpul data, menganalisis, mentafsir, merumus dan mengenalpasti ciri-ciri tertentu sebelum mengetahui dengan pasti sesuatu perkara. PDP juga dapat dilakukan dengan melibatkan pembelajaran dalam proses kegiatan belajar yang menggunakan proses mental melalui tukar pendapat atau diskusi, seminar dan sebagainya.

Menurut Jerome Bruner, terdapat beberapa kelebihan pengajajaran berdasarkan pendekatan dengan penentuan. Antaranya ialah:-
a)         Pembelajar akan memahami konsep-konsep dasar dan idea-idea lebih banyak dan lebih    baik.
b)         Membantu pembelaj.ar menggunakan ingatan dan transfer pada situasi proses belajar   yang baru.  
c)         Mendorong pembelajar berpikir dan bekerja atas inisiatifnya sendiri.
d)        Mendorong(memotivasi) pembelajar berpikir dan merumuskan hipotesis serta 
            membuktikannya melalui proses belajar.
e)         Memberi kepuasan yang bersifat instrinsik.
f)         Situasi proses belajar menjadi lebih merangsang.
g)         Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh bersifat merangsang keghairahan belajar.

Pendekatan dengan penemuan ini secara kesimpulannya ialah kegiatan belajar mengajar yang mengutamakan kegiatan pembelajaran dengan menggunakan proses mental. Selain itu, pendekatan ini akan menemukan konsep dan prinsip. Konsep dan prinsip itu ditentukan sebagai hasil atau akibat adanya pengalaman belajar yang telah diatur secara sakksama oleh pengajar.

2)    Pendekatan Konstruktivisme (Constructivism Approach)

Konstruktivisme merujuk kepada suatu proses murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi yang baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh “pembinaan mental” iaitu dengan kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada (Ng Kim Choy, 1999). Nik Azis (1999) pula menyatakan konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Hal ini bermaksud sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya yang terpilih (Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin dan Sabri Ahmad, 2007).

a)    Model Pemprosesan Lima Fasa Needham

Menurut Baharuddin Aris,Rio Sumarni Shaffudin & Manimegalai Subramaniam (2004), Needham telah mengenalpasti lima fasa dalam proses pembelajaran berasaskan konstruktivisme. Lima fasa ini adalah orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Lima fasa pengajaran dan pembelajaran adalah seperti dalam jadual berikut:

Fasa
Tujuan
Contoh
I.   Orientasi
Menarik perhatian dan minat murid; memotivasikan murid
Tunjukkan peristiwa yang berselisih idea; kemukakan masalah untuk difikirkan
II.  Pencetusan  
     idea
Mengenalpasti idea murid yang terdahulu
Pemetaan konsep; soal jawab yang mendorong pemikiran
III.  Menstruktur semula idea
Mengembangkan lagi atau mengubahsuai idea terdahulu melalui perbandingan dengan idea saintifik; menyiasat dengan menggunakan kemahiran saintifik.
Aktiviti hand-on dan minds-on; aktiviti yang menggunakan kemahiran proses sains; berkomunikasi dalam kumpulan.
IV. Aplikasi idea
Aplikasi idea dalam situasi yang baru
Penyelesaian masalah baru; reka cipta; projek.
V.  Refleksi
Menyedari sejauhmana idea terdahulu berubah
Penyoalan refleksi; membantu pelajar menilai kendiri tentang perubahan idea dan kemahiran proses tercapai

b)    Contoh Aktiviti Pembelajaran Kontruktivisme

            Semasa berada dalam kelas, pelajar akan belajar dan menjalankan aktivitivi dalam kumpulan dengan menggunakan pengetahuan yang interaktif dan dinamik. Hal ini member tumpuan dan penekanan terhadap kemahiran social dan komunikasi, pertukaran idea dan kerjasama antara ahli kumpulan. Fenomena ini berbeza jika dibandingkan pembelajaran melalui tradisional yang belajar dengan cara tersendiri dan pembelajaran diperoleh melalui pengulangan, dan mematuhi disiplin subjek serta berdasarkan buku pelajaran semata-mata.  Antara aktiviti kelas konstruktivisme ialah:-

a)        Percubaan: seseorang pelajar melakukan percubaan dan kemudiannya bekerjasama sebagai sebuah kelas untu membincangkan hasil.
b)        Penyelidikan projek: pelajar diberi suatu topik kajian dan dapat menngemukan penemuan mereka di hadapan kelas.
c)        Lawatan lapangan: hal ini membolehkan pelajar untuk menetapkan konsep dan idea yang dibincangkan di kelas dalam konteks dunia yang nyata. Lawatan ini seiring dengan perbincangan di dalam kelas.
d)        Lain-lain: hal ini termasuklah dalam konteks visual dan,  dengan demikian membawa pengertian lain dalam pengalaman belajar
e)         Perbincangan kelas: teknik ini digunakan dalam semua kaedah yang dijelaskan di atas. Ini adalah salah satu perbezaan yang paling penting  menunjukkan kaedah pengajaran konstruktivisme.

Selain itu, pendekatan ini juga boleh digunakan dalam pembelajaran secara online. Sebagai contohnya, alat-alat forum diskusi, wiki dan blog dapat membolehkan pelajar dididik untuk secara aktif membangunkan tahap pengetahuan mereka. Disebabkan oleh pengetahuan sedia ada adalah jelas sebagai titik permulaaan untuk proses belajar yang baru, maka pendekatan konstruktivisme cenderung untuk mengesahkan perbezaan individu dan budaya serta kepelbagaian.

3)    Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning)
          
         Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan kaedah pembelajaran yang mendidik pelajar untuk berhadapan dengan masalah, diikuti dengan proses,  dan penyelidikan sistematik yang berpusat pada murid. Walaupun tujuan menggunakan masalah dalam PBL adalah untuk merangsang maklumat dan konsep belajar yang dibawa oleh masalah-masalah (bukan 'menyelesaikan' masalah), namun PBL juga mengajarkan kedua-dua kaedah pendekatan dan sikap terhadap penyelesaian masalah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, PBL didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Biasanya dalam PBL, pelajar bekerja dalam kumpulan kecil dengan seorang ketua yang bertindak sebagai fasilitator diskusi dan belajar bukan sebagai sumber maklumat langsung. Selama pelajar bekerja atau belajar dengan masalah, pelajar:

1.         Pertamanya, pelajar akan menghadapi masalah 'dingin', tanpa melakukan kajian persiapan terhadap suatu masalah
2.         Berinteraksi antara satu sama lain untuk menjelajah pengetahuan yang ada mereka yang berkaitan dengan masalah
3.         Borang dan uji hipotesis tentang mekanisme yang mendasari yang mungkin menjelaskan masalah (sampai ke tahap pengetahuan mereka saat ini)
4.         Mengenalpasti keperluan belajar lebih banyak untuk membuat kemajuan dengan masalah
5.         Melakukan belajar-sendiri antara pertemuan kelompok untuk memenuhi keperluan belajar dikenalpasti
6.        Kembali ke kumpulan untuk mengintegrasikan pengetahuan yang baru diperolehi dan menerapkannya pada masalah
7.        Ulangi langkah 3 hingga 6 yang diperlukan dan
8.        Refleksikan proses dan pada kandungan yang telah dipelajari

Menurut Schmidt (1993), pengambilalihan dan penyusunan pengetahuan dalam PBM adalah pemikiran untuk bekerja melalui kesan kognitif seperti berikut:

  1. Awal analisis masalah dan pengaktifan ilmu pengetahuan sebelum melalui perbincangan kumpulan kecil
  2. Elaborasi pada pengetahuan sebelumnya dan pemprosesan aktif maklumat baru
  3. Penstrukturan pengetahuan, pembangunan rangkaian semantik
  4. Pembinaan sosial pengetahuan
  5. Belajar dalam konteks
  6. Ransangan rasa ingin tahu yang berkaitan dengan masalah yang relevan
PBM ini hakikatnya merupakan satu falsafah, kurikulum atau pendekatan yang dapat memperbaiki amalan guru dan pelajar apabila melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam konsep PBM, para pelajar secara tidak lansung terdorong untuk mencari maklumat yang relevan dengan permasalah tersebut dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut dengan pelbagai alternatif jawapan.

4)    Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)
           
          Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menggunakan kaedah pemusatan murid iaitu guru akan memberikan satu tajuk/ masalah untuk dibincangkan oleh murid. PBP juga merupkan suatu strategi pengajaran berasaskan tugasan merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merill. Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Terdapat lima komponen prinsisp pengajaran yang dinyatakan oleh Merill iaitu demontrasi, aplikasi, pengaktifan, integrasi dan pemusatan tugasan. Antara kelebihan PBP ini ialah mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea mengenai sesuatu topik yang diberikan oleh guru, dan mengajar pelajar untuk menerima dan menghormati perbezaan antara individu. Selain PBP juga dapat menggalakan pelajar untuk sedia menanggung risiko  dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing. PBP seterusnya berupaya menunjukkan bahawa sumbangan idea para pelajar akan dihargai. Antara ciri pembelajaran jenis ini ialah:-
a)         Pelajar membuat keputusan dalam kerangka kerja yang telah ditetapkan.
b)         Ada masalah atau cabaran tanpa penyelesaian yang telah ditetapkan.
c)         Pelajar merancang proses untuk mencapai penyelesaian.
d)      Pelajar bertanggung jawab untuk mengakses dan menguruskan maklumat yang mereka  kumpulkan.
e)         Penilaian berlangsung terus menerus.
                  f)          Pelajar secara teratur merefleksikan apa yang mereka lakukan.
g)        Sebuah produk akhir (tidak harus bahan) yang dihasilkan dan dinilai untuk tahap yang lebih tinggi.
h)         Kelas ini mempunyai suasana yang membiarkan kesalahan dan perubahan.

           Pelajar yang terlibat dalam sesuatu projek ini hakikatnya memiliki beberapa pilihan dalam memutuskan apa yang mereka akan bekerja dan rencana projek mereka sendiri. Selain itu, pelajar boleh mendefinisikan kriteria dan rubrik tentang projek mereka selain boleh mengemukakan masalah yang dihadapi oleh mereka ketika menyiapkan projek berkenaan. Pelajar juga boleh mempersembahkan projek yang telah dibuat oleh mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini mencipta "konstruktivis" persekitaran belajar iaitu pelajar membina pengetahuan mereka sendiri. Sedangkan dalam model "sekolah lama" guru adalah tugas master, dan dalam model "sekolah baru" guru menjadi fasilitator.

Ulasan: Pendekatan Pembelajaran bagi Mata Pelajaran Pengajian Am
            
           Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kini dapat dilaksanakan secara berkesan, pendekatan-pendekatan pembelajaran ini tidak dinafikan penting dan perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Hal ini kerana, teknik atau kaedah pembelajaran moden ini bukan sahaja membolehkan pelajar belajar melalui pelbagai cara bahkan mampu mengemblingkan pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan pelajar. Bagi mata pelajaran Pengajian Am, kesemua pendekatan ini sebenarnya sesuai dan boleh diaplikasikan oleh guru yang bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas. Hal ini demikian memandangkan kandungan pelajaran dalam mata pelajaran Pengajian Am adalah menyentuh pelbagai aspek atau bidang misalnya, sosial, politik, isu-isu semasa, penyelesaian masalah dan sebagainya. Terdapatnya dua bentuk kertas ujian  dalam Pengajian Am iaitu kertas satu yang merangkumi objektif dan kertas dua yang meliputi soalan struktur dan esei juga membolehkan kesemua pendekatan ini diadaptasikan dalam proses pengajaran Pengajian Am.
            
           Sebagai contohnya, dalam pembelajaran melalui pendekatan dengan penemuan yang melibatkan proses penggunaan mental, pendekatan ini dapat diaplikasikan di dalam kelas apabila membincangkan tentang sesuatu isu-isu sosial, politik mahupun ekonomi. Hal ini amat bersesuaian memandangkan pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Am ini merupakan pelajar tingkatan enam atau pra-universiti. Dalam erti kata lain, pelajar-pelajar ini sebelah kakinya telah melangkah ke IPTA atau IPTS dan memerlukan kepada persediaan mental yang sewajarnya sebelum memasuki IPTA atau IPTS. Bagi pembelajaran berasaskan masalah (PBM) pula, pendekatan ini dapat diaplikasikan bagi menyokong pelajar untuk bersedian menjawab kertas dua bahagian D dan E iaitu melibatkan soalan penyelesaian kualitatif dan kuantitatif. 

            Kebolehan pelajar mendedahkan pengetahuan sedia ada sebagaimana dalam pendekatan konstruktivisme juga sangat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat digalakkan dalam memastikan tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar dapat diadaptasikan seterusnya diketengahkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keupayaan pelajar mendedahkan sesuatu tugasan atau projek melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek juga wajar dilaksanakan dalam mata pelajaran pengajian am. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti dalam konstruktivisme mahupun pembelajaran berasaskan projek member peluang kepada pelajar menonjolkkan kebolehan selain dapat meningkatkan motivasi para pelajar untuk belajar secara berkesan.
           
            Kesemua pendekatan ini hakikatnya boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran Pengajian Am kerana kelebihan-kelebihannya seperti bekerja secara berpasukan, keterbukaan idea dan peluang mampu meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Walau bagaimanapun, dalam konteks keseluruhan kandungan pelajaran Pengajian Am yang merangkumi isu-isu semasa dan  pentadbiran negara, kontrsuktivisme adalah pendekatan yang sangat dominan untuk diaplikasikan sebaliknya pembelajaran berasaskan projek paling kurang dominan memandangkan pembelajaran subjek ini lebih berfokuskan perbincangan tentang sesuatu fakta dan keadaaanya yang berlaku pada masa kini. Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Pengajian Am ini berjalan dengan baik, peranan guru sebagai fasilitator ini penting agar pendekatan pembelajaran ini dapat dilaksanakan secara berkesan seterusnya membantu pelajar meningkatkan motivasi dalam pembelajaran mereka.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shaffudin, Manimagalai Subramaniam. (2004). Rekabentuk     
         Perisian Multimedia. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sobri Ahmad.(2007). Trend Pengajaran dan  
        Pembelajaran Matematik. Selangor: Publications dan Distributions Sdn Bhd.
Schwartz, P., Mennin, S & Webb, G. (2001). Problem-based Learning: Case Stories, 
        Experience and Practise. British Library Catalog in Publication Data.
______.Constructivist teaching methods. Diperoleh pada 10 oktober 2010 dari World Wide Web: http://en.wikipedia.org/wiki/Constructivist_teaching_methods